Assalamualaikum.....

Thankssss yaa... Jengok-jengok blog Sawaddi Adi'na..
Semoga Kalian Sentiasa Dirahami & Dilindungi Maha PENCIPTA.

19 Sep 2013

Sebab Income Nuffnang Tak Gerak

Blog siap. Lengkap dah. Ada entri best, susunatur pun ok. Dah daftar Nuffnang, dan kod iklan dah letak, tapi income menerusi iklan Nuffnang tak gerak-gerak. Kenapa? Mesti ada sebab mengapa income menerusi iklan Nuffnang tidak berganjak sejak dari awal diletakkan dalam blog. Ok. Saya nak kongsikan sedikit pengalaman lampau mengenai income menerusi Nuffnang ini. Mungkin ada blogger baru tak perasan atau terlupa beberapa perkara penting untuk membolehkan iklan Nuffnang menari-nari dalam blog dan seterusnya menjana pendapatan. Kalau bernasib baik, boleh dapat iklan berbentuk CPUV (Cost-per-Unique-Visit) yang sememangnya lumayan buat blogger baru. Sebab Income Nuffnang Tak Gerak Antara sebab iklan Nuffnang tidak menjana pendapatan yang diharapkan ada beberapa faktor. Bentuk Saiz dan Kedudukan Iklan Nuffnang Tidak meletakkan kesemua bentuk, saiz dan jenis iklan Nuffnang dalam blog. Anda perlu letakkan ketiga-tiga bentuk iklan Nuffnang dalam blog anda. Ada 3 saiz banner disediakan, dan ketiga-tiga mesti diletakkan di tempat atau lokasi yang telah disarankan oleh Nuffnang, iaitu dekat dengan header blog (728x90); biasanya diletakkan di bawah atau atas header blog. Iklan sidebar perlu di bahagian atas sekali, dan saiz kekotak (300x250) perlu berada di antara entri atau di bawah setiap entri blog. Cerita Mengenai Nuffnang Sebagai salah seorang blogger yang gunakan khidmat Nuffnang, penting untuk anda berkongsi dan 'berkomunikasi' dengan Nuffnang. Anda perlu cerita mengenai Nuffnang di dalam blog anda. Anda patut sedar, Nuffnang boleh kesan kehadiran setiap trafik berdasarkan cerita dan tajuk entri blog anda. Kongsikan aktiviti yang dijalankan oleh Nuffnang, seperti kontes, giveaway mahupun gathering yang mereka jalankan. Sering Update Akaun Tips yang selalu blogger lama berikan, kena login ke akaun Nuffnang dan kemaskini akaun Nuffnang. Sesekali ubah setting pembolehubah untuk soal selidik dalam Nuffnang itu. Anda mesti aktif dengan akaun Nuffnang supaya mereka sedar kehadiran anda. Maintain Trafik Anda tidak perlu nak tingkatkan trafik ...naik, naik dan naik. Lebih mudah anda maintain trafik yang masuk ke blog anda. Jika naik, jangan nampak naik mendadak. Trafik yang maintain menunjukkan blog anda konsisten. Nuffnang suka dengan blog yang punyai trafik blog yang konsisten sebab mudah bagi mereka untuk berikan bonus iklan seperti CPUV dan juga Advertorial. Jangan Sombong Dengan Nuffnang Nuffnang ini dikendalikan oleh manusia, jadi mesra-mesrakan diri anda sebagai blogger dengan warga kerja Nuffnang ini. Sertai aktiviti atau paling tidak, anda sentiasa lawati blog mereka dan tinggalkan komen anda. Ada kontes atau giveaway dianjurkan, tunjukkan sokongan anda. Tak masuk tak mengapa, tapi boleh komen atau kongsikan informasi tersebut di blog anda. Sering beri tiket atau bertanya pada mereka mana-mana bab dalam Nuffnang yang anda kurang faham. Cukup dah sebab yang saya berikan untuk tahu mengapa dan kenapa income Nuffnang sesetengah blogger tak naik-naik atau tidak bergerak. Saya pasti ramai blogger yang dah dapat income mencanak dari Nuffnang akan setuju dengan entri ini. Kepada yang merasakan income tak ganjak, cubalah tips dan panduan yang telah saya berikan ini. In Sha Allah, akan ada perubahan pada pendapatan Nuffnang anda. 3 Tips Keluar Duit Cepat Dari Nuffnang As-Salam. Ada blogger yang mahu keluarkan pendapatan dari Nuffnang mengeluh sebab perlu tunggu sehingga hampir dua bulan untuk dapatkan cek daripada pihak Nuffnang. Hmmm ... kasihan blogger tu, kasihan bukan sebab apa, sebab tak baca cara-cara nak keluarkan duit income Nuffnang tu dengan terperinci. Kalau tidak masalah keluh kesah untuk dapatkan cek tu pasti tidak akan berlaku. Sebenarnya, anda boleh percepatkan langkah mendapatkan cek pendapatan atau keluarkan income Nuffnang anda dengan pantas jika anda ikuti langkah yang disediakan oleh pihak Nuffnang. Hanya perlukan sedikit masa anda untuk lihat dan baca. Dan kalau diteliti betul-betul, ada tips keluar duit cepat daripada Nuffnang yang boleh dicuba. Perlu Ada RM50 Untuk Dapatkan Cek Seperti yang sedia maklum. Urusan pengeluaran pendapatan daripada Nuffnang melibatkan anda perlu mencapai tahap minima pengeluaran iaitu sebanyak RM50. Apabila telah capai jumlah terkumpul sebanyak itu, barulah akan ada option atau butang pengeluaran - butang Cash Out dipaparkan. Dan lagi, anda memang tiada pilihan lain untuk pengeluaran income daripada Nuffnang selain dari cek. Jadinya, tak perlu susah payah nak tanya atau cari artikel bertanyakan cara nak pindahkan pendapatan income dari Nuffnang ke akaun bank .... sebab memang takkan ada punya. 3 Tips Keluar Duit Cepat Dari Nuffnang 1. Jangan tekan Cash-Out income Nuffnang anda di awal bulan, seperti contoh hari ini 1 Julai. Ini akan akibatkan anda perlu menunggu hampir dua bulan untuk terima cek. 2. Tekan Cash-Out income (jika ada) hanya pada akhir bulan. Contohnya, bulan June 2013, anda boleh klik Cash-Out pada 28 Jun 2013 iaitu Jumaat. Jangan tekan pada Sabtu dan Ahad kerana ia di luar waktu biasa bekerja. Ini akan akibatkan Cash-Out anda diproses pada hari Isnin iaitu dah masuk bulan baru. 28 hb adalah tarikh selamat. Mungkin sebagai ahli Glitterati boleh keluarkan pada 30 hb namun manalah tahu kot-kot nanti cuti umum ke, cuti berganti ke, pejabat Nuffnang tak boleh proses, maka dicadangkan 28-29hb sebagai tarikh selamat. :) 3. Cash-Out pada hari selepas Isnin untuk elakkan anda kehilangan income menerusi CPC bulanan kerana income akan update setiap Isnin. Contoh Dapatkan Cek Cepat Daripada Nuffnang Contoh cara nak keluarkan income Nuffnang dengan cepat adalah macam ni - Katakan anda dah sampai tahap boleh keluarkan income Nuffnang iaitu RM50 pada bulan lepas (Jun 2013). Maka pada 28 hb - hari dan tarikh terakhir waktu bekerja bagi bulan Jun, anda klik Cash-Out pada ruangan Earnings Nuffnang. Ini bermakna, pihak Nuffnang akan proses akaun anda sepanjang bulan Julai. Ini bermakna cek akan tiba ke alamat rumah anda pada awal bulan Ogos 2013 nanti, in Sha Allah. 28 hb adalah tarikh selamat. Mungkin sebagai ahli Glitterati boleh keluarkan pada 30 hb namun manalah tahu kot-kot nanti cuti umum ke, cuti berganti ke, pejabat Nuffnang tak boleh proses, maka dicadangkan 28-29hb sebagai tarikh selamat. :) Punca Lewat Dapat Cek Masalah kelewatan akan timbul jika alamat dan nama anda tidak betul dalam ruangan profile anda. Satu lagi, cek akan lewat diterima andaikata pihak Nuffnang mengesyaki terdapatnya penipuan klik iklan dalam ruangan Earnings anda. Jadi, pastikan bahawa anda tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh membatalkan pendapatan atau income Nuffnang anda. Kelebihan Khusus Ahli Nuffnang Glitterati Oh ya, tips ini khusus dan khas jika anda seorang ahli Nuffnang Glitterati sahaja. Jika anda bukan ahli Glitterati (Non-Glitterati), proses pengeluaran cek akan jadi dua kali ganda, atau dalam kata lain ahli Glitterati - 30 hari, maka Non-Glitterati - 60 hari. Harapnya dengan tips keluar duit cepat dari Nuffnang ini akan bantu ramai blogger Malaysia untuk mendapatkan cek daripada Nuffnang dengan perasaan puas hati dan tersenyum lebar. Entri ini ditulis bagi bantu blogger baru terutamanya yang resah gelisah sampai hantar tiket pada Nuffnang bertanyakan mengapa cek tidak diproses lagi. Agak-agak macam dah rasa tak best, digalakkan anda untuk bertukar plaform pengiklanan di blog anda yang boleh anda dapat daripada lebih 180 syarikat yang ada. Err tak tahu? Anda boleh semak dan daftar di sini - 101 Platform Pengiklanan Blog Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan