Assalamualaikum.....

Thankssss yaa... Jengok-jengok blog Sawaddi Adi'na..
Semoga Kalian Sentiasa Dirahami & Dilindungi Maha PENCIPTA.

7 Okt 2013

Pokok Gelang Putih...

dicopy dr blog just untuk rujukan
Ok ini ari afee ingin menceritakan tentean POKOK GELANG PUTIH, haaa.. korang mesti tertanye2 kan, apa puyer pokok la gaya cmtue... xpernah jumpa pun.... tapi pada afee afee xpelik la.. sebab dari kecik afee dah jumpa pokok ni, kat kg afee banyak... biasa pokok ni tumbuh sendiri kot... hheheeheh sebab kat kebun arwah ayah banyak, ma afee ckp dei xtanam pun...
ok balik cerita... tapi kan kadang2 afee ter tgk pokok alah nie dekat tepi jalan tau... kerajaan tanam kot... afee pun tak tahu...

OK ok afee ni bebel jer dari tadi kan... sebenarnya afee nak citer pasal khsiat POKOK nie... korang mesti tak tahu kan,,, dan afee rasa pun xramai yang tahu.. mungkin orang tua2 lama tahu la kan... Almaklumla zaman kita ni serba ada... mana layan pokok2 kayu dah, lagi satu leceh kan... nk petik bagai... afee tahu pun ma afee yang citer( ibu afee) pokok gelang putih nie boleh dijadikan jamu selepas bersalin, sebagai jamu untuk perancang kuarga, juga boleh di jadikan sebagai ubat sakit urat...

pic yang lebih jelas, juga di copy.
 Alhamdulillah.. ma afee kandungkan 9 orang anak, dan jarak adik beradik afee pun 2,3, 4 tahun sorang, ma afee xpernah ambil apa-apa perancang kuarga, @ in plant, ma afee cuma minum air rebusan daun dan ranting2 pokok gelang putih shaja.. Afee sendiri pun xder ambik apa2 apa perancang, cuma ikut petua my mum sahaja.  alhamdulillah baby zharfan dah 15 bulan dieblum nak ada adik lagi... hihihihih

minum air pokok tu mmg terasa beza la, kalau sakit2 badan, lengoh boleh hilang, lagi untuk orang yang lepas bersalin kan.. macam afee lak cezer, lagi la xboleh urut, badan lagi tak slesa... Alhamdulillah dengan izin ALLAH petua ma afee boleh melegakan sakit badan afee... afee pun kelihatan aweksss muda gtu.... ha tlupa pulak nak gtau, ma afee ckp khasiat pokok tu juga mengecutkan rahim kita dan mengecutkan dara... korang nak tahu btul xbtul kene try la cube... hihihihi


Cara-cara penyediaan jamu pokok gelang putih :-

1. Ambil Daun dan Ranting sebayak mana yang inginkan. (ada baca doa apatah afee lupa, hihhi nnati tyerma afee balik...)
2. Jemur bagi kering, (dalam 2 @ 3 hari supaya tahan lama)
3. Simpan di tempat yang ter tutup, dan dilarang melangkah.
4. Ambil beberapa helai + ranting rebus, apabila suam or sejuk boleh la minum.

p/s :  afee suka minum time suam, sbb sejuk rasanya kurang enak, hihih biasala nama g ubat kan, tp nama g jamu kan, mungkin badan peminum akan panas dan ber peluh2.. so jangn wat cm minum air masak lak... klu korang xminat minum, korang boleh juga blend daun2 tue... and then masukan dalam sarung ubat, so.. apa lagiiiiiiiiiiii telan jelah... sekian selamat mencuba... ;-)

Makcik2 afee, kakak2 afee pun minum tu jugak... hahahah senang cter jamu turun temurun kuarga afee la.... k salam.. kita jumpa next entry pulak.. afee nak sambung wat kjer...

4 Okt 2013

Koleksi Kad 4 my Lovely

Hari ini Jumaat sudah, Biasalah... bila jumaat mood kje kurang sudah......... hihihihi Lagi-lagi kalau bos pun cuti.... kakaka.  hari ni tetiba dadat mod nak konsi koleksi kad-kad yang afee buat kt my love... kalo korang nk tahu afee sangat suke edit mengedit ni.. boleh dikatakan hobi la.... afee pun bekerja sebagai pelukis pelan, melukis jugak tuh... selain dari itu afee suka edit2 gambar, design apa2 jer.. sampai kat opis dah pangil afee designer BUKAN draughtswoman... kakakaka.. Ada rezeki mau thun depan afee naik pangkat ni... Inyaallah.. amin..

Antara koleksi afee ;-
(p/s : korang tgak sajer taw, don't gatal2 nak tambah kat kad afee tu...Sebarang ingin mohon perkongsian sila dapatkan kebenaran dari afee dulu taw...) TQ ALL

Kad Raya

kad ulang tahun perkahwinan

couver dalam kad

kad hari jadi


kad hari jdi cover dalam

ni xslap kad harijadi masa thun pertama kawen


kad hari jadi


kad raya
 huhuhuh ambik ko.. tgk sampai termuntah2 hihihi ikut kan bayak lgi koleksi kad afee ni... klu bermint nk tgk lgi... sila tglkan coment anda dibawh terima kasih....

HAAAAAAAA baru ingat, afee pun ada jugak wat kad jemputan kwen taw, yg simple2 jer... nnti afee upload gambr kt korang, kad kwen afee pun afee wat sendiri jer.. JIMATTTTTTTTT..... tp ade jugak mmber temaph kt afee, kad yang bagi pakcik makcik orang kg tue.... hihihihi afee caj murah jer...

klu korang nk afee wat kan KAD ULANG TAHUN, KAD HARI JADI, KAD ULANG TAHUN PERKAHWINAN, ATAU APA2 KAD LAH.. boleh pm afee sjer k, nak afee siap print pun boleh, or hantar dlm digital jer.. macam kad2 di atas tue... lgi jima kan... afee email jer.. korang leh m,s, whatsapp, twit, line, viber jer bagi sesapa... kan senag....

3 Okt 2013

Diselubungi Rasa Rindu Yang Teramat....



Baby Zharfan
Mama sangant rindukan kamu sayang, 3 hari sudah mama tinggalakn kamu bersama papa dan tok'ma, Cian anak mama kan, mama mintak maaf sayang, mama terpaksa sayang, mama harap kamu faham situasi keluarga kita, baby jangan sedih taw, yang paling penting jangan lupakan mama kamu ini, Mama tidak sabar nak tunggu pagi Khamis sayang, xsabar nak lihat wajah kamu yang comel itu. tiap2 malam mama mimpikan kamu, terasa kamu di sebelah mama.....

Mama yakin Anak mama kuat kan syang, Ya Allah Ya TuhanKu, Kuatkan lah Hati kami lalui saat-saat ini ya Allah.. Sejak kehadiran kamu dalam hidup mama mama terasa bagaikan mama adalah ibu yang sangat bertuah mempuyai anugerah yang macam kamu, yang sangat comel, cerdik, pintar seperti namamu yang mama berikan... semoga kelak kamu menjadi anak yang Soleh yer sayang, Jadi Hamba yang bertaqwa kedapaNYA..

Mama tidak pernah merasa perasaan sebegini, Btul kata orang kan... bila dekat, kasih sayang itu kurang dihargai, bila dah jauh baru lah kita mula tersa kasih sayang itu.... kini mama dapat rasakan Betapa sayangnya mama pada kamu, sehingga merasakan, mama tidak sangup lagi hendak kehilangan mu syang...

MAMA SAYANG KAMU....................





Nuffnang Food Fast 2013.. JOM..JOM..JOM..

Are you hungry Nuffnanger?

You've probably heard by now from your friends, family and fellow bloggers about the #NNFoodFest. We're super excited to announce that the day is finally here! If you haven't already saved the date, here are the details once again:
 
Date: 5th of October 2013 (Saturday)
Time: 3.00PM – 10.00PM
Venue: Blue Entrance, Sunway Pyramid
 
We will be launching our official NNFoodFest app for iOS devices on that day to make your tw(eat)ing adventure that more exciting, so look out for that!
This is definitely our biggest event to date as we’ll be bringing you some of the best dishes in Malaysia, with some of your favourite food joints to the latest new-age nibbles in town! It’s not a secret anymore. Here are the vendors that will be at the #NNFoodFest!
Of course, we have more than just food. Check out our agenda of the night!
We will also be giving away limited edition #NNFoodFest badges to the first 500 people who
  • Show us an Instagram photo that you posted of our #NNFoodFest logo at the registration counter
  • Your caption must of course include #NNFoodFest
So come to the venue early and be one of the only 500 people in the world to own this exclusive limited edition badge!
Last but not least, we would also like to express our utmost gratitude to our beloved partners for without them, there would be no #NNFoodFest! Thanks guys! :D
Do drop by Maggi's booth where you will also be able to tw(eat) for a #MaggiHotCup. Lifetime Channel will be giving out macarons and cupcakes at their booth as well so look out for that!
Calling all Nuffnangers, social media users and food lovers! Mark your calendar and be sure to catch us at Sunway Pyramid Blue Entrance on the 5th of October 2013! Get ready for an evening of epic tw(eat)ing adventures. See you there!
Visit our official website:www.nnfoodfest.com
     
Organised byVenue byPartnersOfficial TV PartnerOfficial Imaging Partner
     

1 Okt 2013

Apakah Itu Pap Smear??

 Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa ...itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:

* Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
* Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
* Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
* Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
* Perokok
* Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.

Kekerapan Ujian
Jika seseorang wanita telah menjalani ujian Pap Smear dan didapati negatif,ia hanya perlu mengulang ujian tersebut tiga tahun sekali.Namun begitu,ada baiknya bagi menjalani ujian ini setahun sekali.

Apakah Yang Berlaku Sewaktu Ujian Pap Smear?
Doktor akan memasukkan sejenis alat besi(atau plastik)kecil yang dipanggil spekulum kedalam faraj dan membukanya dengan cermat bagi melihat serviks.Sejenis alat sudip (alat kayu yang tumpul)yang dipanggil spatula digunakan untuk mengikis dengan perlahan permukaan rahim untuk mengambil campuran sel dan cairan di bahagian pangkal rahim.
Spekulum dan saptula kemudian dikeluarkan dan ujian tersebut selesai.Campuran tersebut dilumuri atas sekeping slaid kaca dan dirawat khas supaya boleh diperiksa dengan mikroskop.

Bagaimana Kanser Dapat Dikesan Daripada Smear Ini?
Selepas diwarnakan dengan warna-warna yang khas (stainning)pada smear ini,pemeriksaan di bawah mikroskop perlu di buat dan sel-sel kanser akan dapat dilihat.Pemeriksaan ini dilakukan oleh juruteknik kajisel yang terlatih dan pap smear yang luar biasa akan disemak dan dikaji dengan teliti oleh doktor pakar kajisel.